Showing posts with label Anis Ungku Mamba. Show all posts
Showing posts with label Anis Ungku Mamba. Show all posts

Thursday, 9 June 2016

Biskut 'Chocolate Chip' utk kesayangan hamba..lollzz

Assalamualaikum & hye semua...

Dah lama rasanya jari tidak 'menari' diatas papan kekunci.. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak(yayyy ramadhan tiba ramadhan tiba...marhaban ya ramadhan marhaban ya ramdhan...).ok siapa baca sambil nyanyi lolllz...Hari ini saya akan berkongsi satu resepi untuk anda semua. Resepi yang sangat sangat sangat sangat sangat simple jangan gonyoh mata anda kerana sis and bro xsalah baca saya yang terlebih hyperbola sbb mmg resepi ini terlebih mudah untuk anda buat dirumah untuk dimakan selepas berbuka.

Apa pun mari kita mulakan dengan bahan2:

2 cawan tepung gandum (apa2 brand pun boleh)
1 cawan tepung jagung (saya selalu pkai yg ada gambar jagung plastik kuning tu hihi)
3 cawan Nestum Madu
250 gram buttercup (nak pakai butter lain pun boleh)
*notes butter adalah mentega bukan majerin ya sayang2..XD... Kalau salah bahan anda pakai and xmenjadi sedap biskut anda jgn marah sis..

1 cawan gula kastor
1 sudu esen vanilla
1 biji telur
choc chips (sis selalu pakai yg hersheys drop uh) 

NOTA KAKI : mesti ada yang nak tanya 1 cawan tu cawan besar mana??? meh nak tunjuk gambar 1 cawan tu ... pakai la measuring cup boleh beli kat kedai Daiso RM5  ja.. tapi kalau xde jugak bantai jela 1 cawan yg sedang2 aja... jangan yang besar gedabak sangat.. nanti butter xckup jadi kering awak punya biskut, PALING PENTING ,, pakai cawan yang sama utk sukat smua bahan kang pakai cawan lain2 ad bahan yg terlebih ada yang terkurang.. fuhh penat pulak sis type..

gambar ikhsan google... ni la measuring cup

gambar ikhsan google...

gambar ikhsan google...

Langkah2 (bukan langkah silat or taekwando) :

1.Masukkan butter & secawan gula kastor. Pukul hingga sebati
2. Tambah telur & esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati
3. Masukkan tepung gandum,jagung,nestum dan uli sehingga mesra.
4. Masukkan choc chip.
5. Bulatkan kecil2 dan bakar 160degree celcius selama 20 min.

YAYYYYY SENANG KANNNN..

contoh gambar yang da jadi yahoooo!

semasa di sejukkan sebentar sebelum disimpan

gambar ikhsan google.,..

nak lagi meriah ley tambah gula tabur berwarna warni
gambar ikhsan google

jemu dengan chocolate gelap? cuba tukar dengan choc putih.
Bukan susah seperti yang anda fikirkan kan? Selamat mencuba.. jangan makan lepas org da azan subuh pulak.... hihihi

Dengan Kasih Sayang,

ANIS UNGKU MAMBA ^.^

MODULAR COURSES IN ALAM




Assalamualaikum and salam sejahtera. Topik kali ni aku nak cerita pasal modular courses yg kami dah ambil kat alam. Nak jadikan cerita sebenarnya banyak courses yg kami ambil. Aku kira sem ni je dah 6. Aku tak tau la course2 diploma kat IPT lain banyak macam kiteorang ke tak. Tapi bagi aku ni dah kira banyak. 

Medical First Aid

Yang atas tu course Medical First Aid. Kalau korang nak tau ni first course yang kami ambil dalam sem ni. Tengok gambar pun dah tahu semua gemuk baru turun kapal botak pula tu 

Suvival Craft and Rescue Boat (MSCR)
 Ok yang second picture gambar course mscr last day before test dengan MARDEP. Kalau nak tau ni la course paling letih bagi aku hahaha. Nak tercabut pinggang kami oars boat hari tu. But yang penting course ni memang best

Electronic Navigational Aids (ENA)

Yamg ni pula ENA course. Course ni kami buat dalam 2 minggu and setiap malam jumaat mesti sibuk kepala nak study sebab test hari jumat hahaha. Biarpun banyak kena bambu time oral haritu alhamdulillah semua passed course ni.

Advance Fire Fighting

Gambar last ni lepas kami padam api. Muka pun sorang2 aku tengok macam hero bomba dah. Letih bak hang nak padam api ni padahal kecik je. So nanti kalau ada fire ke emergency panggil la kami abang2 and akak2 bomba hahaha

Sekian dari kami assalam 

7 ANCIENT WONDERS

SEVEN ANCIENT WONDERS

Assalamualaikum n salam sejahtera. Tak nak sembang panjang topic kali ni pasal 7 ancient wonders. Kalau aku tanya korang apa yg korang tau pasal seven wonders ni mesti korang ingat pasal Piramid Giza and Hanging Gardens of Babylon. Mostly ramai tau yang dua ni je, yang lagi 5 entah ke mana. Pada siapa2 yang jawab Great Wall of China...tetttt!!! salah. Dia memang included dalam 7 wonders of the world but not included dalam 7 ancient wonders. Ada paham tak? So sini aku nak cakap bangunan zaman2 tok kaduk dulu2 punya. Dalam 7 bangunan ni Pyramid Giza je yang still exist sekarang. So dalam ni sy just explain 5 jela. Tak syok la nak bagi semua nanti orang cakap suap pula hahaha.


THE SEVEN WONDERS OF THE ANCIENT WORLD:
  1. The Great Pyramid at Giza, Egypt
  2. The Hanging Gardens of Babylon
  3. The Statue of Zeus at Olympia,  Greece
  4. The Temple of Artemis, Ephasus
  5. The Mausoleum at Halicarnassus
  6. The Colossus of Rhodes
  7. The Lighthouse at Alexendria, Egypt



The Great Pyramid at Giza, Egypt
Menda alah ni was constructed antara 2584-2561 BCE (before century). Pyramid ni merupakan the tallest man-made structure selama 4000 tahun. Lama tu woo. Pada late 18h ke 19th century baru dieorang meneroka interior pYramid tu. Apa yang impressed ancient visitor tentang bangunan dia ialah symmetry pyramid Giza yang memang kira perfect la pada zaman tu and ketinggian bangunan tu sendiri

Picture of Great Pyramid at Giza

The Hanging Gardens of Babylon
Dibina pada tahun 605-562 B.C oleh Nebuchadnezzar II as a gift untuk bini dia. Ancient writer Diodorus Siculus described that Babylon mempunyai self-watering plant sehingga mencecah 23m. Diodurus ada menulis kewujudan Babylon adalah di sebabkan bini Nebuchadnezzar, Amtis of Media rindu kampung halaman beliau yang penuh dengan gunung and tanaman. Jadi, raja memerintahkan rakyat jelata membina gunung and tanaman sempana hadiah untuk isterinya. Namun kesahihan Babylon masih belum di kenal pasti sebab kurangnya sumber bukti. Tapi, Diodurus, Philo and ahli sejarawan Strabo mengaku yang taman Babylon memang wujud. Babylon runtuh disebabkan gempa bumi pada tahun 1st century


Taman tergantung Babylon

The Statue of Zeus at Olympias 
Statue setinggi 40m ni presented the great god seated seated on a throne di bina oleh Phidias yg juga kerja kat Pharthenon of Athens. Temple of Olympia semakin dibiarkan bila Christianity merebek ke sana dan Olympic games kena banned by the church. Statue tu di bawa ke Constantinople and hancur disebabkan gempa bumi pada 5-6 century
Statue of Zeus

The Temple of Artemis at Ephasos
atau lebih dikenali sbg Temple of Diana di bina untuk goddess Artemis (greek). Temple ni dibina pada tahun 550 BCE setinggi 129m dan lebar 69m. Temple ini dibina sebanyak 3 kali. First destruction di sebabkan flood. 2nd destruction pulak berlaku pada tahun 356 BCE. Herostratus bakar temple ni semata mata untuk famous je. 
Temple of Diana 

The Mausoleum of Halicarnassus 
di bina pada tahun 351 BCE sebagai makam Persian Satrap Mauslos yg setinggi 41m. Bila Mauslos mati pada tahun 356 BCE, bini beliau, Artemisia membina temple ni sebagai makam beliau dan juga melambangkan kemegahan bandar yg ditadbir oleh mereka berdua. Artemisia mati 2 tahun selepas tu. Temple ni runtuh lepas banyak kali kena earthquake and completely destroyed by Knight pf St. John Marta pada tahun 1494 CE























Monday, 6 June 2016

ELECTRIC RUN

ELECTRIC RUN

Assalamualaikum and salam sejahtera belaka. So topik kali ni sy nk sembang pasal Electri Run. Haa ni confirm ramai tak tau pasal ni. So basically electric run sama je macam marathon sekolah yang korang terpaksa participate tu. Cuma yang bezanya dia ada lampu-lampu sikit,ada after event party and yang paling penting korang boleh cuci mata hahaha. 


Pada hari kejadian, kiteorang start lari dalam pukul 2100h kot kalau tak silap la. Suppose larian tu start pukul 2000h tapi di sebab kan hujan terpaksa delay. Nak cerita kau on the way kami ke sana punya la lama jammed punya pasal. Tak tau plak ramai yg join event ni.

Sebelum lari kita selpie dulu

Basically run tu tak jauh mana pun 5km je, lari dekat track kuda plak tu, hahaha. Tapi memang wasted la kan largest neon run in Malaysia kot bro, takkan nak lari. So kami rilek2 jalan enjoy the scenary selfie2 dekat each checkpoint. Plus medal semua dapat sebab finisher medal kan. Awat nak kalut sangat lari laju-laju. 

Orang duk sibuk lari kami bergambar dulu

Tup..tap..tup..tap sejam lepas tu baru kiteorang sampai kan finishing line. Longgar jugak la lutut gua biar pun jalan je. Bila kami sampai kat finishing line tu dan2 je dieorang launch firework. Macam tahu2 je kami sampai hahaha. Baru nak lepak makan ice cream lepas jalan jauh2, tengok2 party dah start. Haa apa lagi cucuk langit la bro hahahaha. Lesson learned dia kat sini bukan nak mengajak korang cucuk langit but ajak berlari. Banyak lagi run2 yang ada kat malaysia macam colour run, music run water run and macam-macam la. Jadi la rakyat malaysia yang sihat jangan dah tua nanti baru sibuk nak jaga badan

After event party

Sekian dari kami 







Thursday, 17 March 2016

Sembang Kapal

Assalamualikum, so entry kali ni aku nak sembang sikit pengalaman aku masuk drydock. Tak jauh mana pun pergi drydock tu.Singapore je kot. After discharge kat negishi(tak silap aku la) kami terus shot ke Singapore. Sepanjang voyage ke Singapore tu kami pon buat la gas freeing operation. Mencelan jugak la seminggu tu tidur 2/3 jam je sehari. Banyak la procedure gas freeing tu, kalau tanya aku pun dah lupa. Tapi syukur dapat jugak la aku dapat merasa pergi sana. Letih tak letih belakang cerita yang penting kita layan je bro!!!

First day kapal masuk dock

Letih sampai tertidur kau buat paperwork

Tup tup sebulan sudah kami kat drydock. Kapal dari buruk lepas sebulan macam baru dah aku tengok. Tiap malam je kapal kosong semua blah shore leave. Tapi duit memang habis la beb berjoli kat sana. Dah settle semua kapal pun kena buat sea trial in case ada apa2 problem. 3 hari sepanjang sea trial, Alhamdulillah propeller tak tercabut, boiler tak trip, semua ok kami pun pergi ke home port kami Bintulu untuk loading cargo.

Gambar aku takde sebab aku kena buat ballast inspection time ni

Perangai  officers aku semua masuk air


Shore Leaves!!!


So aku rasa cukup la sampai sini entry kali ni.Banyak sembang banyak kencing nanti hahaha. So pada siapa2 yang belum merasa drydock lagi cuba la cari peluang ni. Sumpah best gua cakap.

Sekian saja dari aku, assalamualikum ;)
Ungku



Lemang To'ki

Pada 13 Mac yang lepas, saya dan rakan-rakan telah berkunjung ke gerai lemang yang dikatakan mempunyai lemang yang paling sedap di Malaysia. Gerai tersebut adalah Gerai Lemang To'ki yang terletak di Bentong,Pahang.

Saya bangun tidur agak awal dari biasa lebih kurang dalam pukul 5.45 pagi. Selepas bersiap-siap, saya bertolak dari rumah pada pukul 6.15 pagi dan meletakkan kenderaan di LRT Kelana Jaya. Saya menaiki tren selama 20 minit dan berjumpa dengan rakan saya di KL sentral sekitar 7.00 pagi. Saya kemudian menaiki keretanya dan kami terus bergerak ke arah BHP Karak dimana saya dan rakan-rakan yang lain telah bersetuju untuk berjumpa disana sebelum meneruskan perjalanan ke Bentong. Lebih kurang pukul 7.45 pagi,kami berkumpul dan berbincang mengenai jalan yang perlu diambil. Setelah semua orang bersetuju, kami mengorak langkah ke Bentong yang terletak lebih kurang 34km dari stesen minyak itu. Terdapat lebih kurang 4 kereta yang sama-sama berkonvoi dan semuanya terdiri daripada rakan-rakan rapat saya.








Kami tiba di gerai tersebut lebih kurang pukul 8.30 pagi. Walaupun masih agak awal, tetapi sudah ramai orang di tempat tersebut. Gerai tersebut dibuka seawal 7.00 pagi sehingga pukul 4 petang. Kebanyakan dari pengunjung gerai tersebut terdiri daripada geng-geng motosikal berkuasa tinggi yang sering mengadakan konvoi pada hujung minggu. 
Harga lemang sepinggan bersama daging seperto yang didalam gambar adalah RM4.50 sahaja manakala ayam bakar dijual dengan harga RM7.50 iaitu untuk 1/4ekor. Terdapat pelbagai masakan lain yang disediakan tetapi tidak ada didalam gambar seperti nasi putih,nasi lemak dan juga lauk-pauk yang bermacam-macam. Jika hendak membeli sebatang lemang untuk dibawa pulang,harganya lebih kurang RM12.00 dan saiznya juga agak memuaskan.

Kualiti makanan amatlah memuaskan dan juga mengingatkan kembali suasana raya terutamanya bagi pelaut-pelaut yang tidak sempat untuk menikmati juadah raya seperti lemang dan rendang disebabkan diatas kapal ketika itu.

Jika diberikan rating untuk gerai ini,saya akan berikan 8/10 dan mengesyorkan anda untuk turut mencuba tempat makan ini bersama keluarga ataupun rakan-rakan anda.Sekian sahaja dari saya,assalamualaikum.

MORGAN HILL'S ICE CREAM

Assalamualaikum & Hai semua,

AISKRIM,bila sebut sahaja tentang aiskrim, siapa sahaja tidak terliur dan mata bercahaya(kaching2)..hehe over describe.....Aiskrim adalah suatu manisan atau pencuci mulut yang digemari semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.Pelbagai perisa aiskrim boleh didapati di kedai seluruh dunia malahan terdapat juga perisa-perisa unik seperti dakwat sotong,pedas dan wasabi!!eiuu sdap ke??

Hari ini saya nak 'lempar belakang' a.k.a. throwback tentang satu kedai aiskrim yang saya lawati. 
MORGAN HILL'S ICE CREAM. Sebuah kedai aiskrim korea yang menawarkan pelbagai jenis aiskrim yang boleh dikatakan unik. 

Pada hari tersebut saya telah mencuba Rainbow Ice cream dan Dark Choc Caramel Popcorn. Mari sama-sama lihat gambar2 yang sempat saya rakamkan.


rupa rainbow ice cream.

koyakkan lapisan atas utk mencari ice cream
Tadaaaa jumpa dah aiskrim!
enjoying the ice cream..nyum3


Dark Choc caramel popcorn ice cream

Seriously saya sangat-sangat  gembira menikmati aiskrim tersebut. Nasihat saya,pada sesiapa yang tidak suka manis jangan pilih rainbow ice cream. Kerana campuran cotton candy, sweet pop dalam ice cream menghasilkan rasa sgt manis walaupun sebenarnya aiskrim tersebut tidak manis.

Pada peminat tegar choc,anda boleh menikmati rasa dark chocolate yang betul-betul pure jika anda memilih dark chocolate popcorn caramel.

Anda Juga boleh memilih pelbagai perisa lagi seperti sakura,strawberry dan lain2. Berkunjunglah ke Morgan Hills Ice cream yang terletak di level 2 KSL City Mall, Johor Bahru.

Salam peminat aiskrim tegar.

^.^ ANIS UNGKU MAMBA

Monday, 29 February 2016

Billionaire's Cusine Concept

Assalamualaikum & hai semua..

Hari ni saya cuma nak "Throwback" satu kedai makan yang telah saya kunjungi pada minggu lepas.
Kedai makan ini adalah kedai yang berkonsepkan western food. Saya sangat berpuas hati dengan makanan di kedai tersebut kerana selalunya apabila kita memesan makanan barat di kedai-kedai biasa, di menu restoren akan kelihatan sgt2 sedap makanan trsebut tetapi bila sampai ke meja anda, "hampeh" xsama lngsung.Di Billionare's Cusine Concept, anda akn dapat sebiji seperti gambar dalam menu.Bukan cobaan tapi betul-betul.

Restoren Billionare's Cusine yg terletak di atas restoren API-API

Papan Tanda restoren Api-Api
Pada malam itu, saya memesan Salmon Grilled dan Iced lemon tea.Harga yang ditawarkan adalah berpatutan.Jom layan gambar-gambar di dalam kedai tersebut.Sungguh artistik interior di kedai trsebut.Simple dan menenangkan.

salmon grilled with crab sauce.

maccaroni cheese

ok xegt ap nama air ni.tp serius sedap XD

lasagne

Semasa mnunggu pesanan makanan tiba kami sempat posing bersama. Tak lupa juga selepas selesai makan.

mknn xsmpai lg.peluk botol air jela,, terdapat air kosong disediakan percuma.

muka2 org kelaparan

mural didinding restoren

kaunter pembayaran dan kek

senyum

wefie beramai2

wefie lagi

wefie tanpa sy kerana sy sedang mmbayar bil

gambar yang diambil oleh pelayan kedai.


Kepada sesiapa yang ingin ke Billionaire's Cusine Concept, anda boleh la google map atau waze alamat ini :

No 8-1,JLN LAGENDA 6,
TAMAN LAGENDA,
75400 MELAKA.

(BERHADAPAN AEON BANDARAYA MELAKA)

HAPPY FOOD HUNTER! XD

DARI ANIS