Thursday, 17 March 2016

Lemang To'ki

Pada 13 Mac yang lepas, saya dan rakan-rakan telah berkunjung ke gerai lemang yang dikatakan mempunyai lemang yang paling sedap di Malaysia. Gerai tersebut adalah Gerai Lemang To'ki yang terletak di Bentong,Pahang.

Saya bangun tidur agak awal dari biasa lebih kurang dalam pukul 5.45 pagi. Selepas bersiap-siap, saya bertolak dari rumah pada pukul 6.15 pagi dan meletakkan kenderaan di LRT Kelana Jaya. Saya menaiki tren selama 20 minit dan berjumpa dengan rakan saya di KL sentral sekitar 7.00 pagi. Saya kemudian menaiki keretanya dan kami terus bergerak ke arah BHP Karak dimana saya dan rakan-rakan yang lain telah bersetuju untuk berjumpa disana sebelum meneruskan perjalanan ke Bentong. Lebih kurang pukul 7.45 pagi,kami berkumpul dan berbincang mengenai jalan yang perlu diambil. Setelah semua orang bersetuju, kami mengorak langkah ke Bentong yang terletak lebih kurang 34km dari stesen minyak itu. Terdapat lebih kurang 4 kereta yang sama-sama berkonvoi dan semuanya terdiri daripada rakan-rakan rapat saya.








Kami tiba di gerai tersebut lebih kurang pukul 8.30 pagi. Walaupun masih agak awal, tetapi sudah ramai orang di tempat tersebut. Gerai tersebut dibuka seawal 7.00 pagi sehingga pukul 4 petang. Kebanyakan dari pengunjung gerai tersebut terdiri daripada geng-geng motosikal berkuasa tinggi yang sering mengadakan konvoi pada hujung minggu. 
Harga lemang sepinggan bersama daging seperto yang didalam gambar adalah RM4.50 sahaja manakala ayam bakar dijual dengan harga RM7.50 iaitu untuk 1/4ekor. Terdapat pelbagai masakan lain yang disediakan tetapi tidak ada didalam gambar seperti nasi putih,nasi lemak dan juga lauk-pauk yang bermacam-macam. Jika hendak membeli sebatang lemang untuk dibawa pulang,harganya lebih kurang RM12.00 dan saiznya juga agak memuaskan.

Kualiti makanan amatlah memuaskan dan juga mengingatkan kembali suasana raya terutamanya bagi pelaut-pelaut yang tidak sempat untuk menikmati juadah raya seperti lemang dan rendang disebabkan diatas kapal ketika itu.

Jika diberikan rating untuk gerai ini,saya akan berikan 8/10 dan mengesyorkan anda untuk turut mencuba tempat makan ini bersama keluarga ataupun rakan-rakan anda.Sekian sahaja dari saya,assalamualaikum.

Sport month

Assalamualaikum and good day semua, entry kali ni nk share sikit pasal ALAM's Sport Month yang sedang berlansung.

Antara sukan yang Bravo mengambil tempat setakat post ini di taip, kita telah mengambil bahagian dalam sukan badminton, cross country, tarik tali, frisbee, dodgeball, and etc..

Tapi so far hanya badminton dan cross country sudah sampai penghujung, sukan-sukan lain masih dijalankan. Semoga berjaya !



Badminton. 

Syukur dengan semangat pemain dan penyokong, kelas Bravo telah mendapat tempat kedua setelah tumpas melawan kumpulan KESURA, yang terdiri daripada staff-staff ALAM. 

Regu Shafiq dan Sanchez

The Legend Azrie dan Nabill

Another legend Madad dan Buqhari


dan... para penyokong !



Cross Country.

Walaupun Bravo tak mendapat mata dalam sukan ni, tapi semua berjaya menghabiskan sehingga ke penghujung. Yang penting semua happy and sihat. Good Job semua !

Selfie is a must !
Sambil menunggu runner kelas , Mamba !

before larian bermula :p
Ma'am Hanim :D



TARIK TALI


Sebagai classmate, hamba rasa sukan ini paling menampakkan semangat antara satu sama lain, tak dinafikan. 

Bagaimana dari permulaan Bravo tewas dan kemudian bangkit semula. Daripada berkata-kata hendak disqualified saja, terus bangkit dan berjaya ke final yang akan berlansung tak lama lagi. Respect semua !

Participant
Anchor geng !
Semangat tu penting !
Bersungguh-sungguh memasing tarik.

and kelas photo lepas menang harus ada !


Walaupun sport month tak habis lagi, kerjasama dari semua amat berharga. Tak main game, tapi datang untuk memberi support kat classmates lain. Thank you geng :) Hopefully kita menang untuk incoming games !

And maybe lepas habis sport month akan di-upload untuk sukan-sukan lain. InshaAllah

Sekian.






Illustrations.!


MUZIUM 3D LANGKAWI

Guys, nak sembang pasai 3D skit. Seni lukis 3D Street ni dh start ada dari abad keenambelas time zaman Renaissance Italia Madonnari dan trompe l'oeil (bahasa Perancis untuk 'menipu mata') lagi. Pelukis mural menakjubkan dibuat untuk menghiasi dinding interior villa mewah. Pada abad ke-21 seni jalanan 3D ni dah menjadi sangat popular.

Jadi, nak sembang banyak2 psai 3D ni, aku sendiri pon tak tau banyak. Tapi, aku ada pi muzium dia dekat Langkawi. Haa.! Hat ni aku bole lar nak sembang lebih skit. Sebab dh pernah smpai sana kan. Bole lar nak promote sikit2. 

So, muzium ni dirasmikan oleh Tun Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri kita. Kos nak buat muzium ni sja makan rm17 juta. Mempunyai 3 tingkat dan merupakan muzium 3D terbesar kt Malaysia ni. Kalau stkat 1 jam, tak cukup geng nak round habis. dia ada plus minus 200 gmbr 3D yg diilhamkan dari Korean Master Artists. Tapi yang lukis dia org kita jugak. Jadi, tu lar sikit2 pasai muzium ni. Aku tunjuk skit gambar2 kt hampa utk bagi gmbaran psai muzium ni k.





haa tu dia. Tun M time hari dia rasmikan muzium ni.


Ni dia punya entrance. Muzium ni dia sebelah2 ja dngan Cable Car Langkawi.


Ni harga tiket dia. Memang nampak macam mahai skit guys, tpi serius talk, berbaloi. 





Kalau nak bergmbaq ngan lukisan 3D ni, memang kena feeling lebih skit, haha.









Mcm kat Hawaaii geng..





Letih ooo jdi model dlam muzium ni. 

MORGAN HILL'S ICE CREAM

Assalamualaikum & Hai semua,

AISKRIM,bila sebut sahaja tentang aiskrim, siapa sahaja tidak terliur dan mata bercahaya(kaching2)..hehe over describe.....Aiskrim adalah suatu manisan atau pencuci mulut yang digemari semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.Pelbagai perisa aiskrim boleh didapati di kedai seluruh dunia malahan terdapat juga perisa-perisa unik seperti dakwat sotong,pedas dan wasabi!!eiuu sdap ke??

Hari ini saya nak 'lempar belakang' a.k.a. throwback tentang satu kedai aiskrim yang saya lawati. 
MORGAN HILL'S ICE CREAM. Sebuah kedai aiskrim korea yang menawarkan pelbagai jenis aiskrim yang boleh dikatakan unik. 

Pada hari tersebut saya telah mencuba Rainbow Ice cream dan Dark Choc Caramel Popcorn. Mari sama-sama lihat gambar2 yang sempat saya rakamkan.


rupa rainbow ice cream.

koyakkan lapisan atas utk mencari ice cream
Tadaaaa jumpa dah aiskrim!
enjoying the ice cream..nyum3


Dark Choc caramel popcorn ice cream

Seriously saya sangat-sangat  gembira menikmati aiskrim tersebut. Nasihat saya,pada sesiapa yang tidak suka manis jangan pilih rainbow ice cream. Kerana campuran cotton candy, sweet pop dalam ice cream menghasilkan rasa sgt manis walaupun sebenarnya aiskrim tersebut tidak manis.

Pada peminat tegar choc,anda boleh menikmati rasa dark chocolate yang betul-betul pure jika anda memilih dark chocolate popcorn caramel.

Anda Juga boleh memilih pelbagai perisa lagi seperti sakura,strawberry dan lain2. Berkunjunglah ke Morgan Hills Ice cream yang terletak di level 2 KSL City Mall, Johor Bahru.

Salam peminat aiskrim tegar.

^.^ ANIS UNGKU MAMBA

The Shanghai Major Champion


Congratulations to Team Secret, winners of the second Dota 2 Major Championship. Having now appeared in consecutive Major Grand Finals, Secret advanced through the Upper Bracket with wins over OG and EG—each recent champions themselves—and a determined Team Liquid. Liquid would later defeat EG in the Lower Bracket Finals to set up a thrilling rematch in the Grand Finals, where Secret turned in a convincing 3-1 series win to claim first prize. After this championship showing in Shanghai, Secret fans must have their hopes set on similar celebrations in the future.



While there were amazing performances by all of the teams participating in the Shanghai Major, we recognize that the viewing experience and the overall execution of the event were very disappointing. Dota fans and professional players alike have high expectations for a Major event—expectations that we share—and it is ultimately our responsibility to make sure those expectations are met and exceeded. A Dota Major should be a celebration of the amazing community that shepherded the game from humble origins to the global passion it has become. Disappointment should come from the elimination of a favorite team in a hard-fought match, not from the experience of just trying to watch a game you love. With that in mind, we will be increasing our involvement moving forward to ensure that future events deliver a high-quality experience.

Team Secret biggest moment winning the Shanghai Major
Next event before this year International is The Manila Major which to be held in June,2016.


Sunday, 13 March 2016

Error 404




Assalamualaikum,entry kali ni simple dan menarik gamaknya,pasal aku nak cerita vacay aku dan member di PENANG!!Kali ni trip melibatkan kami bertiga sejurus tamatnya praktikal kami selama setahun. Kira nak raikan la dalam erti kata yang lain.

Disebabkan seorang daripada member aku tu asal dari Penang,kami mintak dia plan port-port yang cantik dan berbaloi untuk dilawati sepanjang kehadiran kami di sana. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, member kami sorang ni siap offer lagi kat kitorang untuk stay dekat rumah dia plus jadi tour guide kitorang. Tinggal nak tong-tong minyak jela kan.

Sampai je kat sana, member aku da tunggu dan bawak kitorang ke destinasi yang pertama iaitu Penang Escape Theme Park,Teluk Bahang. Dekat sini agak sesuai untuk sesiapa yang sukakan esktrem, lasak dan tak takut dengan ketinggian. Konsep Taman Tema ini cukup berbeza kerana menekankan cabaran dan kecergasan fizikal gabungan aktiviti zaman silam kanak-kanak dan aktiviti moden dan hubungannya dengan alam sekitar. Semuanya 100% berkonsepkan alam sekitar sehinggakan bumbung bangunan kat taman ni pun dihiasi tanaman rumput hijau. Selain itu, Escape mempromosikan kitar semula, penggunaan karbon rendah, penuaian air hujan dan bumbung sayur-sayuran.



Wc to Escape Theme Park.



Bangle biru >> pass masuk 

Obstacle.
resource:http://haizanrunsah.blogspot.my/2015/03/escape-theme-park-pulau-pinang-biar.html


Side view.
resource:http://haizanrunsah.blogspot.my/2015/03/escape-theme-park-pulau-pinang-biar.html


Rear view. Makin tinggi makin susah gameplay dia.
resource:http://haizanrunsah.blogspot.my/2015/03/escape-theme-park-pulau-pinang-biar.html


                           
Zaujah.




Bungee Jump.





Lokasi kedua kami adalah ‘The Art of Wall Street’ yang boleh dikatakan terletak berdekatan Bandar Francis Light ini. Lokasi ini merupakan salah satu tarikan pelancong dalam dan luar negara akibat daripada teknik lukisan yang bersahaja tetapi unik untuk ditatapi. Lukisan yang diterjemahkan di dinding-dinding usang sepanjang bandar tersebut sangat menarik kerana kebanyakannya daripada 3D. Daripada apa yang kami dengar,lukisan ini telah dilukis khas daripada pelukis-pelukis terkenal di seantero dunia. Bagi memudahkan pelancong-pelancong untuk melawati kesemua gambar sekitar bandar ini, pelancong dipelawa untuk menyewa basikal dan diberi pamplet percuma sebagai peta dan kemudahan lain seperti medan selera yang terdapat di bandar tersebut.


Lepak-lepak.


Meh nak tolong meh.


Pau sudah habis bro..


Dekat muzium 3D

  
Acap dan animenya.




Bukit Bendera merupakan lokasi terakhir kami sepanjang berada di Penang.Apa yang menarik di sini adalah pelancong dapat melihat hampir kesemua bentuk muka bumi Penang dari puncak bukit tersebut. Dua pilihan yang ditawarkan untuk menawan bukit tersebut dengan cara mendaki ataupun menaiki lokomotif yang sedia ada dengan harga tiket yang berpatutan. Menariknya, puncak bukit ini terdapat pelbagai kemudahan serta bangunan-bangunan yang masih lagi beroperasi sehingga ke hari ini. Ini termasuk balai polis,masjid,gereja dan lain-lain lagi.


Meriam di puncak bukit.


Majestic view.


#penanghill


                                              ~~~                                                


All in all, Penang merupakan salah satu negeri dimana kaya dengan sejarah dan warisannya yang tersendiri dan mampu menjadi tarikan luar biasa bagi mana-mana pelancong yang ingin berkunjung di sini.


Sekian,
Abdurrahman