Monday, 27 June 2016

Final Exam Semester 5

Sudah seminggu kami mengharungi final exam untuk semester 5 ini, di final ini lah kita dpt melihat bagaimana prestasi kita utk 6 bulan yg lepas. Pelbagai reaksi yg timbul apabila selesai menjawab kertas final. Ada yg gembira bagaikan sudah habis final , ada yg masih binggung akan jawapannya tersebut. 


Ini lh jadual final kami, apa tanggapan anda semua ? Nampak mudah tapi sebenarnya agak sukar untuk kami mengingati semua pelajaran yg kami belajar dlm masa 6 bulan yg lepas. Tetapi, alhamdulillah kerana 1 subject 1 hari . 

Cara saya belajar untuk subjek yg akan saya hadapi hari esok ialah, saya bermula belajar apa yg penting utk subjek tersebut pada pukul 9mlm sehingga pukul 12pagi. Selepas itu , saya membuat nota ringkas  sehingga jam 2 pagi merangkumi semua topik yg saya belajar utk subjek tersebut. 

Selepas itu saya membuat ulangkaji menggunakan nota yg sya buat sehingga sahur dan barulah saya tidur selepas mengerjakan solat subuh. 

Bangun semula utk bersiap sedia sebelum utk menghadapi kertas soalan yg akan diberikan pada hari itu. Selesai menjawab ,saya pulang ke cabin dan berbincang akan soalan yg telah dijawab tadi bersama rakan-rakan . Selesai berbincang, mata pula sudah naik mengantuk, saya menyiapkan tempat untuk menyambung tidur yg tidak cukup pada hari semalam lalu saya pun beradu seperti seorang raja sehingga petang. Selesai berehat, saya me-releasekan tension akan paper pagi tersebut dgn bermain dota2. Walaupun tak sehebat mana, janji tension saya dpt dilepaskan. Dan perjalanan hidup saya untuk minggu tersebut berulang kembali dgn memluakan pembrlajaran saya pada jam 9mlm. 

Namun bagaimanapun dgn jadual final tersebut, tiba tiba badan peperiksaan menukar jadual kerna pada hari jumaat , mereka akan menggunakan dewan tersebut utk event Seafarer's Day.


Jadual baharu yg kami terima, walaubagaimanapun, kami harus tenang menjawab paper2 yg akan dtng. 

Kepada pembaca pembaca post ini, doakan kami agar dengan cemerlang, gemilang dan terbilang utk semester 5 ini..


Antara nota ringkas yg saya buat. Kepada yang berminat utk dptkn nota tersebut, sila hubungi saya dgn meninggalkan komentar dibawah.

P/s: mungkin cara saya belajar berbeza dgn yg lain . Tapi ini cara ku. 😉. 

No comments:

Post a Comment