Thursday, 17 March 2016

MUNAFIK.. Sebuah Naskhah Seram dan Islamik...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



      Adam seorang lelaki yg dikurniakan kebolehan untuk mengubati penyakit-penyakit mistik. Merupakan seorang yang tidak pernah mengalah dan sentiasa tabah sehinggalah suatu saat isterinya meninggal dunia kerana dilanggar lari. Hari semakin hari, Adam kian hilang kerana seolah tidak dapat menerima takdir dan jarang melakukan fardhu kifayahnya sebagai seorang pengamal perubatan. Dan terus mencari siapa gerangan yang melanggar isterinya.
      Namun, selepas tiga bulan isterinya pergi menghadap Ilahi, hadir seorang insan bernama Maria.
Maria sering diganggu syaitan. Orang ramai meminta Adam untuk mengubati Maria. Selepas memikirkan beberapa perkara, Adam bersetuju untuk mengubati penyakit gangguan yang dialami Maria. Selepas Maria sembuh, Adam mengalami banyak pengalaman pelik.
      Nak tahu pengalaman apa? Jom tonton filem Munafik arahan Syamsul Yusof.


JUDUL : MUNAFIK
ARAHAN : SYAMSUL YUSOF
DIBINTANGI : SYAMSUL YUSOF, NABILA HUDA, FIZZ FAIRUZ, PEKIN IBRAHIM DAN RAMAI LAGI.
BAHASA : MELAYU
KLASIFIKASI : PG13
TARIKH TAYANGAN : 25 FEBRUARI 2016
GENRE : SERAM
DURASI : 1 JAM 38 MINIT
KELUARAN : SKOP PRODUCTION

TRAILER :


آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ اِذَاحَدَثَ كَذَبَ وَاِذَا وَعَدَ اَحْلَفَ وَاِذَااؤْتُمِنَ خَانَ
Bermaksud :
“Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, yaitu jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar dan jika dipercaya ia berkhianat”. (HR. Bukhori).


CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
Ciri-ciri orang munafik sangat banyak tersebut didalam al Qur’an, dan Rasulullah SAW juga menyebutkan sebagian diantaranya demi memperingatkan umatnya dari ciri-ciri tersebut, jangan sampai mereka terjatuh kedalamnya sehingga mereka akhirnya menjadi mirip seperti mereka. Padahal sungguh Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam telah menyatakan bahwa barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari kaum tersebut.
Diantaranya ciri-ciri orang munafik yang dijelaskan dalam al Qur’an adalah :

  1. Bermuka Dua
  2. Berlidah Dua
  3. Berdusta
  4. Sumpah Palsu

عَنْ عَبْدُاللهِ بْنِ عَمَرْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَدْبَعُ مَنْ
كُنَّ فِيْهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا. وَمَنْ كَانَتْ فِيْهِ خَلْصَةُ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيْهِ خَلِصَةُ
مِنَ النِّفَاقِ حَتَّىيَدَعَهَا.
اِذَائْتُمِنَ خَانَ وَاِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَاِذَا عَاهَذَا خَدَرَ وَاِذَا خَاصَمَ فَجَرَ.
Bermaksud :
“Ada 4 sifat barang siapa yang memilikinya maka sungguh ia seorang munafik sejati, dan barang siapa yang memiliki 1 sifat diantara semua sifat-sifat itu, sungguh ia sedang berjalan menuju kearah munafik sampai ia meninggalkannya.
Apabila dipercaya ia khianat, apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji ia ingkar, apabila bekerjasama ia curang.

No comments:

Post a Comment