Pada hari ni (23/01/2016), aku dengan rela hati follow kawan-kawan pergi main paintball dekat Flashpoint Paintball Park Melaka. Aku follow je... Tak main pon. Tapi as the uncertified photographer, so kena jugak la share. Haha
Macam biasa lah, janji pukul 0830H dah kena ada sini. Tapi masih ada yang belum sampai.
Bila semua dah sampai, briefing diberi kepada semua peserta. Safety, how to play, etc..
Peserta di beri chance untuk tengok selok belok court (taktau kalau ada nama lain) atau di beri feels untuk main lah kot.
Untuk safety jugak, kalau lah peserta tertembak dekat nets. Takdelah yang injured disebabkan kena marker/pallet tu.
Antara Obstacles yang ada dalam tu.
Kena prepare lah before masuk kan. Takkan nak pakai baju tshirt biasa.
Info, pallets tu boleh mencecah kelajuan 400kaki sesaat. Even tak selaju bullet dari senjata api iaitu 4000kaki sesaat, tapi still sakit kalau kena shoot.
First group ready untuk war. Salah seorang member group ni adalah seorang lecturer ALAM. Semangat berjuang yang nampak sangat dalam diri mereka.
Salah seorang member group yang terkena shot dekat mask. Nasib la bang... Haha
Dalam court tu, face mask is compulsory. Time briefing, dia ada kata. "If the pallet hit the eye, you are gonna totally blind." So memang penting lah face mask ni.
Well lepas habis first game, for sure group members akan discuss pasal strategy untuk next game. Good thinking :p
Kalau korang berminat, boleh lah datang sini untuk main. Good place untuk beginner rasanya. Huhu
Kalau korang ada waze, boleh lah taip Flashpoint Paintball Park Melaka.
Enjoy !
Mohammad Ridzwan Bin Zamani
No comments:
Post a Comment