Sunday, 7 February 2016

aiskrim!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum & hello bloggers.

Kali ni nak bercerita tentang ais krim. Saya pasti hampir semua orang menyukai aiskrim terutamanya apabila cuaca panas. Pastinya setiap suapan ais krim itu dinikmati dengan lazat. Sebenarnya, aiskrim ini boleh dinikmati dengan pelbagai cara, antaranya roti aiskrim, aiskrim goreng serta aiskrim dimakan bersama buah. Aiskrim merupakan hidangan peancuci mulut yang agak sinonim dikalangan kita kerana ia agak mudah didapati serta harga yang berpatutan.



Dalam pada menikmati kelazatan & kehalusan tekstur aiskrim itu sendiri, agak2 nya kita tahu tak asal usul aiskrim ni???? sedikit info yang boleh saya kongsi tentang aiskrim"

  •  Sebutan 'ice-cream' itu berasal dari Amerika Syarikat dan kedai ais krim yang pertama dibuka adalah di New York.

  •  Suatu ketika dulu, ia merupakan hidangan pencuci mulut bagi golongan diraja England tetapi sekarang ia boleh dinikmati oleh semua orang.

  •  Pada tahun 1894, Amerika Syarikat telah mengisytiharkan bulan Julai setiap tahun sebagai hari sambutan aiskrim kebangsaan.


Aiskrim Malaysia.



Aiskrim Pasu pernah mejadi viral dikalangan peminat aiskrim.



Aiskrim goyang


Aiskrim goreng yang kini boleh dinikmati di rumah.

Aiskrim antara makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, oleh yang demikian kita haruslah tahu cara untuk mengawal pengambilannya dalam hidangan kita. Bukan kita tidak boleh menikmati kesedapan aiskrim tetapi sentiasa bersederhana dalam pengambilanya. Sekian ;)

NorhanaSherinaMuaz

No comments:

Post a Comment