Suria kala tiba membawakan cahaya. Matahari adalah sumber cahaya terbesar untuk kita sebagai manusia. Manakala laut meliputi 2/3 permukaan di muka bumi ini. Begitulah asas kehidupan kita sebagai pelaut, matahari dan laut berpisah tiada.
Setiap pagi pasti ku tunggu cahaya jingga ini menyambut hariku. Menikmati keindahan ciptaan Allah ini sesuatu yang tiada nilai bandingnya. Melihat ia bangkit serta menyinari kehidupan lain di muka bumi ini, seolah-olah memberi inspirasi kepada diriku bahawa kehidupan ini perlu sentiasa memberi faedah serta saling melengkapi yang lain bagi meneruskan kelangsungan kehidupan (symbiosis). Semua itu pasti menjadikan ia satu pengalaman yang baru. Pengalaman yang mengajar kita tentang menjadikan kehidupan hari ini perlu lebih baik dari semalam. Pengalaman yang kita mahu kenang atau sebaliknya.
Kehidupan atas kapal, lebih memberi peluang untuk diriku mengenali sang suria ini. Aku diajar untuk mengira 'sunset' dan 'sunrise'. Ia sudah menjadi kerja rutin aku setiap kali 'watch' aku. Ia sudah menjadi satu kemestian untuk 'update' waktu terbit dan tenggelam si sang suria ini bagi seorang kadet. Macam kita jugak, baru 'sign on' sudah berkira-kira untuk 'sign off'.
Oleh yang demikian kita sebagai manusia hendaklah sentiasa bersyukur dengan kurniaan ini. Kita memerlukan dia untuk kehidupan hari ini dan akan datang. Dia juga memerlukan kita untuk menjaga kelangsungannya supaya terus berupaya menyinari bumi sehingga tika tiba masanya semua sudah kembali kepada yang asal.
No comments:
Post a Comment