Hello,,Assalamualaikum girls and guys!
Perkara biasa yang berlaku bila orang tanya adik / akak belajar mana? Bila ckp Akademi Laut Malaysia je mesti ramai yang Angkat Kepala, Mata Terbeliakkkk dan tanya macam ni
(YEKE!!!! so jadi navy la lepas ni?) HA HA HA. Jauh lebih sadis bila ad yang ckp kami ni kasar dan "SADO" lagi2 bila naik kapal AB,BOSUN,CAPTAIN pun menggelarkan saya as "akak sado"... Dalam entry kali ni, saya tidak ingin mengulas tentang perkara tersebut. Tetapi saya ingin mngulas tentang hobi dimasa lapang.
Tidak semestinya menceburi bidang yang didominasi oleh lelaki kita juga perlu jadi GANAS dan menyukai hobi yang sama seperti lelaki. MAKANAN, siapa sahaja dalam dunia ini tidak mnyukai makanan? Tipu lah! Hobi saya berkaitan dengan makanan. Memasak dan Membuat kek.. siapa sangka Seagirl @ pelaut wanita mnyukai minat tentang masakan.(Chewah ayat poyo sgt2).Semua hobi ini dilakukan ketika bosan menunggu kapal di rumah malahan semasa dikapal untuk melepaskan lelah seharian bekerja.
Antara Kek dan masakan yang pernah menjadi 'bahan uji kaji' saya di dapur:
 |
Pavlova |
 |
Pai epal |
 |
Puding kastard. |
 |
Maple lava cake |
 |
Birthday cake utk yang tersayang. |
 |
Mini Pavlova |
 |
Cheesy Ball ala KFC |
 |
Sweetheart Choc Cake |
 |
Choc Indulgence versi Anis |
 |
Puding Karamel |
 |
Karipap Sardin yang sempat saya buat ketika di kapal kedua |
 |
Baked Maccaroni Cheese |
Semasa 'stranded' lama di rumah ketika menunggu kapal memanggil, saya berkesempatan mengikuti kursus pendek (Kursus asas 'Butter Cake' dan dekorasi) di Institut Kemahiran Malaysia, Pasir Gudang. Kursus yang dijalankn selama sehari, tetapi cukup bermakna kerana saya telah dapat menyiapkan tugasan membuat kek dan menghias kek butter tersebut dengan jayanya.Antara kenangan yang sempat diabadikan :
 |
Butter kek yg saya buat! alhamdulillah menjadi teksturnya. |
|
 |
Jeng3.. ini lah hasilnya setelah di dekorasi. (Bolehlah dari xde) My 1st attempt. XD |
Selesai sahaja kelas, kami diberikan sijil penyertaan untuk kursus tersebut. Saya paksa kakak sy untuk temankan.HE HE HE...
 |
Bergambar dgn chef yang mengajar |
 |
Kakak sy yang dipaksa utk turut serta ke kursus tersebut.hehehe |
Antara gambar-gambar kek yang sempat sy buat sepanjang praktikal di atas kapal (untuk melepaskan tekanan dan memenuhi masa ketika kebosanan melanda) :
 |
Kek Hari Raya Aidiladha 2015 di MV Belait Aishah |
 |
Membantu tukang masak dikapal (Lebih kepada mengganggu kerja beliau XD) |
 |
Cook beria tangkap gambar sy yg sedang menyepahkan galley. |
 |
Kek Choc, Blueberry dan Epal. (JGN TNYA knapa kaler blueberry xblue) |
 |
Kek Blueberry dgn Blueberry Filling. |
Antara biskut yang sering sy buat diwaktu senggang :
Akhir kata, tidak semestinya kita perlu menilai seseorang melalui pekerjaan atau bidang apa yang mereka ceburi. Personaliti dan minat tidak dibatasi oleh sesebuah kerjaya.Adalah lebih baik kita sebagai manusia menyokong antara satu sama lain walaupun berlainan jantina. Ini kerana dalam agama sendiri telah menyatakan bahawa setiap jantina itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kerjaya tidak menentukan personaliti seseorang melainkan diri individu tersebut sendiri.Sebagaimana firman Allah dalam surah al- Hujurat ayat 13.
Maksudnya : Hai manusia,Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. ( Al-Hujurat ayat 13)
P/S : Kalau ada yang memiliki minat yang sama bolehlah berkongsi resepi ;)
Salam Sayang XOXO
^.^ ANIS MAMBA UNGKU
No comments:
Post a Comment