Sunday, 5 June 2016





90s..



Assalamualaikum, aku dilahirkan pada tahun 1995 dan dibesarkan dalam tahun 90-an. Dalam erti kata yang lain, aku sempat menikmati permainan popular sekitar zaman tersebut yang jauh lebih enjoy berbanding zaman sekrarang. Mana tidaknya, kanak-kanak pada hari ini dimanjakan dengan pelbagai gadget atau permainan seperti Ipad, game komputer yang berlandaskan teknologi yang ada kalanya boleh memudaratkan sistem pembesaran mereka dan sekaligus mendatangkan banyak keburukan di masa akan datang. Jadi, bagaimanakah rupanya permainan yang kami mainkan sekitar era tersebut??Check this out bro!!



1.      Permainan pemadam

 
Source: http://akubersahaja2012.blogspot.my/2012/10/pemadam-pen.html




So, permainan ni banyak dimainkan di sekolah sewaktu ketiadaan guru di dalam kelas. Bermodalkan pemadam 20 sen  yang dibeli di koperasi sekolah, pemain boleh mengecapi kenikmatan game ini. Permainan ni boleh dimainkan sehingga 4 orang pemain. Macam mana nak main?? Tekan hujung pemadam dan biarakan pemadam tersebut bergolek- golek ke pihak lawan. Nak jadikan cerita, andaikata pemadam kita bergolek dan menghempap pemadam pihak lawan, kemenangan berpihak kepada kita.



2.      Lompat getah

 
Source: http://fuziahsulaiman.blogspot.my/2015/09/blog-post_6.html




Haa game ni legend. Tengok saja pada jalinan getah tersebut yang agak style. Kebiasaannya, permainan ni sangat popular dalam kalangan budak-budak perempuan. 2 orang diperlukan bagi menghayun tali getah tersebut end to end. Jadi, pemain yang lain akan menyelinap masuk dalam hayunan getah tersebut dan lompat mengikut irama tali tersebut.



3.      Dek cok (teng-teng)

 
Source: http://bilaakuberfikir.blogspot.my/2012/05/permainan-tradisional.html




Game ni datang dengan pelbagai variasi seperti teng-teng roket, burung, kapal terbang dan lain-lain lagi. Game ni lebih kurang seperti lompat jauh, yang membezakannya ialah pemain harus lompat di dalam line kotak yang diharuskan aje.



4.      Batu Selambut
Source: http://teratakmindaku.blogspot.my/2011/06/batu-seremban_27.html



Lebih dikenali dengan nama jolokan batu seremban. Janji ada 5 biji, game jalan. Game ni terdapat sehingga 6 peringkat dimana pemain harus melepasi setiap peringkat yang mempunyai kesukaran tersendiri. Tidak semestinya batu , tetapi kain yang berisi beras atau pasir didalamnya dan dijahit penuh juga boleh digunakan untuk permainan ini.



5.      Tiup belon
Source: http://aimysfamili.blogspot.my/2013/05/permainan-popular-zaman-90s.html





Zaman sekarang agaknya sudah lupus permainan ini. Benda alah ni boleh dibeli di kedai runcit dengan harga 30 sen. Dilengkapi dengan getah belon dan straw plastic sebagai alat untuk meniupkan belon tersebut. Kebiasaannya, kami selalu lawan tiup dan bandingkan siapa punya belon paling besar!!



Dan banyak lagi permainan era 90-an seperti bola kayu tiga, golf pasir. Uniknya, permainan ini tersangat popular tidak kira anda berasal dari negeri yang berlainan, di kampung atau di bandar.

No comments:

Post a Comment