Assalamualaikum para pembaca, hari ini saya akan menceritakan tentang sambutan hari lahir rakan baik saya Mohammad Faris bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai "six-packs"di ALAM. Pada 31 Januari yang lepas, kami beramai-ramai telah pergi ke Mikey's New York Pizza yang terletak di Publika, Hartamas. Pada mulanya, kami hanya berancang untuk makan di tempat yang berdekatan dengan Shah Alam, tetapi kerana keinginan untuk mencuba pizza yang baharu ini, kami akhirnya membuat keputusan.
Mikey's New York Pizza merupakan satu-satunya restoran yang menyediakan pizza sebesar 18 inci, iaitu merupakan pilihan pizza yang terbesar di Malaysia. Memandangkan kami terdiri daripada 9 orang, kami telah memilih untuk order 2 pizza yang bersaiz large. Kami memilih "Buffalo Chicken Pizza" yang berperisa ayam dan juga "The Tony Soprano yang berperisa daging.
Tentang harganya pula, boleh dikatakan lebih mahal berbanding pizza di restoran-restoran biasa seperti Dominos Pizza dan juga Pizza Hut. Satu pizza bersaiz large(18 inci) berharga RM88.00 tidak termasuk gst. Kami juga telah order segelas air A&W Root Beer yang berharga RM 4.50 segelas.
Selepas selesai order, kawan saya iaitu birthday boy dengan baik hati telah membelanja kami semua. Saya agak terkejut apabila dia berkata sedemikian kerana bill sudah menunjukkan RM 245.50 termasuk gst dan juga service charge sebagainya. Kami amatlah berterima kasih kepada Faris kerana, sebagai student jika hendak mengeluarkan RM20++ seorang untuk sekali makan merupakan perkara yang luar biasa sebenarnya.
Apapun, jika terdapat rating 1 hingga 10 untuk restoran ini, saya pasti memberi 8/10 kerana layanan baik dari pekerja di sana dan yang pasti makanan yang amat memuaskan. Sekian sahaja daripada saya, assalamulaikum.
Gambar-gambar pada malam itu :
No comments:
Post a Comment