Hai Blogerians, pada hari jumaat yang mulia ini saya ingin berkongsi sedikit peringatan khususnya kita sebagai seorang pelaut. Sebagai seorang yang berpegang dengan ajaran islam, kita seharusnya menjadikan AL-Quran dan Hadith sebagai rujukan di laut malahan di darat.
Telah tertulis di dalam Al-Quran tentang pelayaran, bentuk muka bumi yang rata-rata dipenuhi air , sifat manusia yang memuji Tuhan dikala dilambung ombak dan sifat manusia yang alpa setelah pulang ke darat. Pada hari jumaat yang mulia ini, bersama-samalah kita bertadabbur Surah Luqman, Juz 21:31&32 yang bermaksud :Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat ALLAH untuk di perlihatkanNYA kepadamu sebahagian dari kekuasaanNYA. Terdapat tanda kekuasaanNYA itu bagi orang yang sabar dan syukur.(Ayat 31)
![]() |
| Gambar dari dasar laut berdasarkan ROV |
Surah Luqman Ayat 31 & 32.

No comments:
Post a Comment