 |
Mohd Buqhari Bin Shamsul Bahri |
Memperkenalkan salah seorang ahli kelas 17 Bravo. Mohd Buqhari bin Shamsul Bahri. Dilahirkan pada 10hb September 1994 juga merupakan cahaya mata yg ketiga daripada lima kepada Encik Shamsul Bahri dan Puan Zawiyah. Memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail 1, Kelantan (2001-2006). Mempunyai bakat bermain bola sepak sejak kecil, membuatkan aku terpilih untuk menyambung pelajaranku di peringkat sekolah menengah, iaitu Kolej Sultan Ismail (2007-2009). Ciri-ciri pelajar sempurna yang ada dalam diri, membuat aku memperoleh keputusan yg cemerlang di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat keputusan 6A 2B. Dengan keputusan yang diperoleh, aku melanjutkan pelajaranku di MRSM Jeli, Kelantan (2010-2012). Setelah aku menamatkan pengajian di MRSM Jeli pada tahun 2012, aku mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaranku di Akademi Laut Malaysia(ALAM),Melaka. Aku membuat On Job trainingku di salah sebuah syarikat Offshore iaitu ICON OFFSHORE SDN BHD.Aku bermula pada akhir 2013 dan tamat pada awal 2016.Agak lama aku sebagai cadet di syarikat tersebut.Dan sekarang aku menyambung semula pelajaran aku untuk menamatkan pengajianku selama satu tahun.
 |
Shazli Shah Kamaruzaman |
Shazli Shah Bin Kamaruzaman juga merupakan salah seorang ahli kelas 17 bravo. Cahaya mata kepada pasangan Kamaruzaman Bin Mohamed Rahman dan Hazlinda Binti Hussin. Dilahirkan pada 19 Mac 1994. Anak ke-2 daripada 8 orang adik beradik. Pengajiannya dimulakan seawal umur 6 tahun di salah sebuah tadika di Klang, Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran nya ke Sekolah Kebangsaan Sungai Udang(2001-2006), Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu(2007-2011) dan kini masih menuntut ilmu di Akademi Laut Malaysia, Melaka. Pernah bekerja di salah sebuah pasar raya seawal umur 16 tahun demi meringankan beban ibu bapa. Juga pernah bekerja sebagai steward di salah sebuah panggung wayang di lembah kelang kemudian dinaikkan pangkat kepada Department Supervisor hasil usahanya yang gigih. Seperti sahabatnya yang lain, Shazli baru sahaja menamatkan On Job Trainingnya sebagai Cadet di sebuah kapal yg bernama MT Ministar.
 |
Mohd Hamadad bin Mohd Idris |
Pertama kali melihat dunia pada 28 April 1994 jam 01.28 pagi. Nama diberi Mohd Hamadad bin Mohd Idris. First of all, aku ni nak bagitau, yang aku ni orang Kedah. Jadi, aku akan guna bahasa Kedah. Kalau tak paham, boleh tanya tuan punya badan. Start belajaq umoq lima tahun kat Tadika Cina Changlun. Tapi sebab tak dak padang bola, aku keluaq pi tadika kemas kes tu aku suka buat kemaih hahahahhaha. lawak dak aku? okay2. skrg admin nak habaq admin blajaq mana. Skolah rndah kat SK Bt 8, skolah mngah MRSM Kubang Pasu. Dpat result yang gempak sial siot, aku masuk ALAM. Ambik dip ja kat ALAM tapi 4thun xhabis2 lg. Doakan aku thn ni boleh habih noh kat ALAM ni, lastly, admin belanja gambaq admin hat plg hensem. hashtag JANGAN KECAM AKU :)
 |
(Gambar) Buqhari kiri sekali. Shazli tiga dari kiri. Madad lima dari kiri.
|
No comments:
Post a Comment