Assalamualaikum,entry kali ni simple dan menarik gamaknya,pasal aku nak cerita vacay aku dan member di PENANG!!Kali ni trip melibatkan kami bertiga sejurus tamatnya praktikal kami selama setahun. Kira nak raikan la dalam erti kata yang lain.
Disebabkan seorang daripada member aku tu asal dari Penang,kami mintak dia plan port-port yang cantik dan berbaloi untuk dilawati sepanjang kehadiran kami di sana. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, member kami sorang ni siap offer lagi kat kitorang untuk stay dekat rumah dia plus jadi tour guide kitorang. Tinggal nak tong-tong minyak jela kan.
Sampai je kat sana, member aku da tunggu dan bawak kitorang ke destinasi yang pertama iaitu Penang Escape Theme Park,Teluk Bahang. Dekat sini agak sesuai untuk sesiapa yang sukakan esktrem, lasak dan tak takut dengan ketinggian. Konsep Taman Tema ini cukup berbeza kerana menekankan cabaran dan kecergasan fizikal gabungan aktiviti zaman silam kanak-kanak dan aktiviti moden dan hubungannya dengan alam sekitar. Semuanya 100% berkonsepkan alam sekitar sehinggakan bumbung bangunan kat taman ni pun dihiasi tanaman rumput hijau. Selain itu, Escape mempromosikan kitar semula, penggunaan karbon rendah, penuaian air hujan dan bumbung sayur-sayuran.
Wc to Escape Theme Park.
Bangle biru >> pass masuk
Obstacle.
resource:http://haizanrunsah.blogspot.my/2015/03/escape-theme-park-pulau-pinang-biar.html
Side view.
resource:http://haizanrunsah.blogspot.my/2015/03/escape-theme-park-pulau-pinang-biar.html
Rear view. Makin tinggi makin susah gameplay dia.
resource:http://haizanrunsah.blogspot.my/2015/03/escape-theme-park-pulau-pinang-biar.html
Zaujah.
Bungee Jump.
Lokasi kedua kami adalah ‘The Art of Wall Street’ yang boleh
dikatakan terletak berdekatan Bandar Francis Light ini. Lokasi ini merupakan
salah satu tarikan pelancong dalam dan luar negara akibat daripada teknik
lukisan yang bersahaja tetapi unik untuk ditatapi. Lukisan yang diterjemahkan di
dinding-dinding usang sepanjang bandar tersebut sangat menarik kerana kebanyakannya
daripada 3D. Daripada apa yang kami dengar,lukisan ini telah dilukis khas
daripada pelukis-pelukis terkenal di seantero dunia. Bagi memudahkan
pelancong-pelancong untuk melawati kesemua gambar sekitar bandar ini, pelancong
dipelawa untuk menyewa basikal dan diberi pamplet percuma sebagai peta dan
kemudahan lain seperti medan selera yang terdapat di bandar tersebut.
Lepak-lepak.
Meh nak tolong meh.
Pau sudah habis bro..
Dekat muzium 3D
Acap dan animenya.
Bukit Bendera merupakan lokasi terakhir kami sepanjang
berada di Penang.Apa yang menarik di sini adalah pelancong dapat melihat hampir
kesemua bentuk muka bumi Penang dari puncak bukit tersebut. Dua pilihan yang
ditawarkan untuk menawan bukit tersebut dengan cara mendaki ataupun menaiki
lokomotif yang sedia ada dengan harga tiket yang berpatutan. Menariknya, puncak
bukit ini terdapat pelbagai kemudahan serta bangunan-bangunan yang masih lagi
beroperasi sehingga ke hari ini. Ini termasuk balai polis,masjid,gereja dan
lain-lain lagi.
Meriam di puncak bukit.
Majestic view.
#penanghill
~~~
All in all, Penang merupakan salah satu negeri dimana kaya dengan sejarah dan warisannya yang tersendiri dan mampu menjadi tarikan luar biasa bagi mana-mana pelancong yang ingin berkunjung di sini.
Sekian,
Abdurrahman
WOW! AWAK BAGI INSPIRASI UNTUK SAYA PERGI MELANCONG!! CHIAA!! CHIA!! CHIAAAAA!!!!
ReplyDelete