Thursday, 9 June 2016

Biskut 'Chocolate Chip' utk kesayangan hamba..lollzz

Assalamualaikum & hye semua...

Dah lama rasanya jari tidak 'menari' diatas papan kekunci.. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak(yayyy ramadhan tiba ramadhan tiba...marhaban ya ramadhan marhaban ya ramdhan...).ok siapa baca sambil nyanyi lolllz...Hari ini saya akan berkongsi satu resepi untuk anda semua. Resepi yang sangat sangat sangat sangat sangat simple jangan gonyoh mata anda kerana sis and bro xsalah baca saya yang terlebih hyperbola sbb mmg resepi ini terlebih mudah untuk anda buat dirumah untuk dimakan selepas berbuka.

Apa pun mari kita mulakan dengan bahan2:

2 cawan tepung gandum (apa2 brand pun boleh)
1 cawan tepung jagung (saya selalu pkai yg ada gambar jagung plastik kuning tu hihi)
3 cawan Nestum Madu
250 gram buttercup (nak pakai butter lain pun boleh)
*notes butter adalah mentega bukan majerin ya sayang2..XD... Kalau salah bahan anda pakai and xmenjadi sedap biskut anda jgn marah sis..

1 cawan gula kastor
1 sudu esen vanilla
1 biji telur
choc chips (sis selalu pakai yg hersheys drop uh) 

NOTA KAKI : mesti ada yang nak tanya 1 cawan tu cawan besar mana??? meh nak tunjuk gambar 1 cawan tu ... pakai la measuring cup boleh beli kat kedai Daiso RM5  ja.. tapi kalau xde jugak bantai jela 1 cawan yg sedang2 aja... jangan yang besar gedabak sangat.. nanti butter xckup jadi kering awak punya biskut, PALING PENTING ,, pakai cawan yang sama utk sukat smua bahan kang pakai cawan lain2 ad bahan yg terlebih ada yang terkurang.. fuhh penat pulak sis type..

gambar ikhsan google... ni la measuring cup

gambar ikhsan google...

gambar ikhsan google...

Langkah2 (bukan langkah silat or taekwando) :

1.Masukkan butter & secawan gula kastor. Pukul hingga sebati
2. Tambah telur & esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati
3. Masukkan tepung gandum,jagung,nestum dan uli sehingga mesra.
4. Masukkan choc chip.
5. Bulatkan kecil2 dan bakar 160degree celcius selama 20 min.

YAYYYYY SENANG KANNNN..

contoh gambar yang da jadi yahoooo!

semasa di sejukkan sebentar sebelum disimpan

gambar ikhsan google.,..

nak lagi meriah ley tambah gula tabur berwarna warni
gambar ikhsan google

jemu dengan chocolate gelap? cuba tukar dengan choc putih.
Bukan susah seperti yang anda fikirkan kan? Selamat mencuba.. jangan makan lepas org da azan subuh pulak.... hihihi

Dengan Kasih Sayang,

ANIS UNGKU MAMBA ^.^

No comments:

Post a Comment