Thursday, 9 June 2016

Final Nak Dekat. Saje ingatkan.

السلام عليكم




Ok la nak praktikkan lepasni sebelum post apape tulis assalamualaikum. Sebab tahap keimanan dalam diri tengah membara-bara di malam yang indah ini.

Jadi siapa rasa dia suka stadi last minit kemudian meroyan, sila ambil kertas dan pen bukan pensil sebab kalau pensil budak sekolah je jawab exam guna pensil dah dewasa ni saja mintak terajang jawab exam guna pensil. Ok. Tu pun salah satu tips. JAWAB EXAM GUNA PEN YE ADIK-ADIK ( kecuali kalau nak lukis-lukis untuk ship construction ke, practical navigation ke, chartwork ke. Kau nak kena pijak ke buat chartwork pakai pen? )

Source: http://www.alam.edu.my/wp-content/uploads/2012/08/b-003-01.jpg

1. Persediaan dari segi mental, fizikal dan emosi.

Sebab korang-korang yang suka stadi last minit ni tau kan, di saat nak dekat final exam, lagi pula tinggal seminggu-dua untuk study ni, mesti still ada assignment yang berlambak gila. Korang mesti stress kan tambah-tambah dengan takde study week nya. Lepas tu dengan bulan puasa, lapar lagi. Oooops. Xelok jadikan puasa sebagai alasan. Korang perlu tenang. Jangan menggelabah. Korang boleh jadikan assignment2 tu sebagai medium untuk study jugak. Jadi, tenang lah anda setenang-tenangnya.

Source: Google Image





    1. 2. Collect nota-nota semua subjek seawal mungkin (sekaranglah!).

Kenapa? Sebab nanti masa nak study kang anda akan mengahadapi, 'Eh, mana nota aku untuk subjek ni subjek tu subjek nun' 'Kenapa aku boleh tak perasan benda alah tu takde dalam nota ni?!'. Nampak tak kat situ memasing sebenanya memang tak pernah stadi pun sepanjang sem (kot). Bila dah nak exam baru seperti orang gila meroyan. So to make your life easier, cariklah semua note berkaitan start dari sekarang. At least kau nak stadi pun, dah ada bendanya. Ni dak esok paper cargo work baru terhegeh-hegeh 'pow' Capt. Siva nota. Ha terasa lah tuuu.




3. Jangan mudah percaya

Awas dengan rakan-rakan yang suka claim, 'RILEK LAH AKU TAK STUDY APA2 PUN LAGI'. Untuk senangkan hati sendiri, korang pun percaya 'Oh dia tak stadi lagi phewww selamat sebab aku pun asyik main DOTA je dari haritu.'(jangan terasa. tu contoh je) Sesungguhnya, anda telah masuk dikalangan orang yang erm nak cakap tapi kesian tapi cakap jugak, goblok boleh tahan juga sebab percaya. At least, beleklah sikit. Jangan bongkak sangat tengok movie marathon bagai buku tak sentuh langsung. Sebab konfim-konfim kawan-kawan yg claim diri TAK STADI PAPE LAGI ACANE NIE tu dah stadi sikit. Dan lebih malang lagi, dah stadi banyak. Ayat nak bajet gempak je tu cakap tak stadi pape lagi.
Kalau nak ikutkan, banyak lagi tips2 nya. Tapi tak elok aku pandang laptop lama2 dah lah blackout tetibe. Hari pun dah malam. Aku nak tidur. Maybe next time aku sambung.

So, Goodluck untuk exam. Be a good mariners.

Source: Google Image

No comments:

Post a Comment