Wednesday, 20 January 2016

Overnight haritu.


Cerita bermula dgn seorang kawan aku dtng ke cabin aku dalam jam 8 pagi pada hari sabtu (16hb Januari ) untuk memberitahu yg dia sudah jumpa kereta untuk disewa. Dalam keadaan mamai , aku mendengar dia bercerita dan meng-iyakan sahaja apa yg diceritakan olehnya.

Lebih kurang jam 9 pagi, Orang yg menyewakan kereta itu tiba di guard post ALAM, lalu aku dan kawanku ini pergi berurusan dgn orang tersebut. Kereta yg disewa itu adalah kereta keluaran proton , model : Saga BLM dan cas sewaan berharga RM 1XX.XX per hari. 

Setelah selesai berurusan dgn orng tersebut , aku dan kawan aku pergi makan nasi lemak kerang di Pengkalan Balak meninggalkan 3 kawan aku yang masih lena tidur . 

Setelah selesai sarapan pagi , kami ke ALAM semula utk mngambil 3 lagi kawan aku lalu kami meneruskan perjalanan kami ke Bandar Melaka. Dalam perjalanan ke bandar Melaka, kamis singgah sebentar di warong Coconut Shake Klebang. 

Selesai minum coconut shake kami teruskan perjalanan kami ke Mahkota Parade. Setibanya di Mahkota Parade ,kami terus ke tingkat paling atas dan bersiap sedia utk berperang laser .

Main hanya 15minit , berpeluh macam bermain 1 jam. 

Haha. Selesai main laser tag dan jalan jalan di sekitar Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan, kami pergi ke hotel yg berdekatan disitu untuk menginap satu malam . 

Sambil menunggu kawan ku sedang menyiapkan diri nya . Kami pun berposing di depan kereta sewa dan memandang cermin hotel yang kami menginap kut ada yg boleh buat cuci mata. Hahahaha 

Setelah semua ada dalam kereta lalu kami pergi mencari kedai asam pedas yg buka sampai 5 pagi. Semasa perjalanan , dugaan yg kami tempuh amat berat. Perut sudah berkeroncong , time tu lah lori sampah nak lalu dlm jln yg mmg muat satu kereta ini 

Lebih kurang 30 minit tersangkut dlm kesesakan lalu lintas ini. Haha. 

Selesai mkn asam pedas , kami pusing pusing mencari ketenangan dan aku terjumpa dgn seorang pelakon dari drama "Rindu Awak 200%" ,Ayda Jebat 

Dan selepas itu aku pulang ke hotel dengan senyuman . Haha kbye.

Maaf jika post ini amat membosankan,atas sebab-sebab tertentu sampai disini sajalah entri dari aku.. 
Tq :)

•Abdurrahman
•Sanchezter.M
•Danial.R


No comments:

Post a Comment