Friday, 22 January 2016

Thunder Buddies for Life.

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia..

Entri kali ni mengenai percutian aku dan member-member di Pulau Perhentian, Besut di Kuala Terengganu selepas pulangnya kami dari practical di atas kapal selama 6 bulan. Plan punya plan, kitorang pilih package yg cover seluruh trip sepanjang kitorang kat sana.

Package Megalicious:-

1.Speed boat pergi & blik
2.Snorkelling satu hari
3.Breakfast, lunch, dinner untuk 2h 1m
4.Free access swimming pool


Nak jadikan cerita, pagi 11 mac, aku dan member2 berkumpul di jeti Besut sblum menaiki bot untuk ke pulau besar.Untuk makluman, pulau perhentian ni terdiri dgn dua buah pulau iaitu pulau besar dan pulau kecil dan destinasi kami kali ini ialah pulau besar.

Di jeti Besut sebelum menaiki bot.


Setibanya kami di sana, kami terus ke lobby untuk check in hotel dan bergegas menukar baju untuk turun ke laut semula bagi acara snorkelling.Sepetang menyelami air masin menikmati keindahan coral-coral dan pelbagai hidupan akuatik.

Sekitar panorama di resort yang kami diami.


Otw nak cari port snorkelling.

Abg penyu kirim salam.

Corals.

Mr. Brian dari Colombia. Member lama.


Penat tapi best!!Selepas dinner,kami bersiap untuk ke pulau seberang.Malam tu,kami sewa satu bot khas bagi membolehkan kami ke pulau kecil. Pulau kecil ni terletak 3 batu dari pulau besar dan mengambil masa selama 15 minit untuk sampai ke sana. Ternyata sambutan dan suasana di sana lebih riuh rendah kerana pada malamnya pelbagai acara yang dapat dipertontonkan  seperti tarian api, free style,sukaneka dan lain lain lagi di atas satu pentas yang disediakan oleh pihak resort. Oleh kerana perut mintak diisi, kami duduk di sebuah meja yang kosong berhampiran dengan pantai untuk order makanan dan minuman.Malam itu dihiasi dengan gelak dan tawa daripada persembahan pentas dan story2 lawak semasa practical.

Benda yang paling sedih bila mana setiap yang bermula pasti berakhir.Begitu juga dengan percutian kami.Selesai sarapan, kami berjalan di pesisiran pantai melihat gelagat orang ramai di samping merakam memori untuk dijadikan kenang-kenangan.Tepat pukul 2 petang,kami menaiki bot untuk pulang ke daratan.
Ni last sebelum nak cast off dari pulau.

Tips bercuti di pulau:
  • Sun block perlu dibawa dan dipakai untuk mengelakkan kulit dari sun burn.
  • Seeloknya ber-backpacers dan bawa pakaian secukupnya.
  • Paling penting,bawalah shades kerana mostly time siang matahari agak panas dan pandangan agak terbatas akibat silau.

Sekian..

Abdurrahman bin Abdullahilhai

No comments:

Post a Comment