Saya bangun tidur agak awal dari biasa lebih kurang dalam pukul 5.45 pagi. Selepas bersiap-siap, saya bertolak dari rumah pada pukul 6.15 pagi dan meletakkan kenderaan di LRT Kelana Jaya. Saya menaiki tren selama 20 minit dan berjumpa dengan rakan saya di KL sentral sekitar 7.00 pagi. Saya kemudian menaiki keretanya dan kami terus bergerak ke arah BHP Karak dimana saya dan rakan-rakan yang lain telah bersetuju untuk berjumpa disana sebelum meneruskan perjalanan ke Bentong. Lebih kurang pukul 7.45 pagi,kami berkumpul dan berbincang mengenai jalan yang perlu diambil. Setelah semua orang bersetuju, kami mengorak langkah ke Bentong yang terletak lebih kurang 34km dari stesen minyak itu. Terdapat lebih kurang 4 kereta yang sama-sama berkonvoi dan semuanya terdiri daripada rakan-rakan rapat saya.
Kami tiba di gerai tersebut lebih kurang pukul 8.30 pagi. Walaupun masih agak awal, tetapi sudah ramai orang di tempat tersebut. Gerai tersebut dibuka seawal 7.00 pagi sehingga pukul 4 petang. Kebanyakan dari pengunjung gerai tersebut terdiri daripada geng-geng motosikal berkuasa tinggi yang sering mengadakan konvoi pada hujung minggu.
Harga lemang sepinggan bersama daging seperto yang didalam gambar adalah RM4.50 sahaja manakala ayam bakar dijual dengan harga RM7.50 iaitu untuk 1/4ekor. Terdapat pelbagai masakan lain yang disediakan tetapi tidak ada didalam gambar seperti nasi putih,nasi lemak dan juga lauk-pauk yang bermacam-macam. Jika hendak membeli sebatang lemang untuk dibawa pulang,harganya lebih kurang RM12.00 dan saiznya juga agak memuaskan.
Kualiti makanan amatlah memuaskan dan juga mengingatkan kembali suasana raya terutamanya bagi pelaut-pelaut yang tidak sempat untuk menikmati juadah raya seperti lemang dan rendang disebabkan diatas kapal ketika itu.
Jika diberikan rating untuk gerai ini,saya akan berikan 8/10 dan mengesyorkan anda untuk turut mencuba tempat makan ini bersama keluarga ataupun rakan-rakan anda.Sekian sahaja dari saya,assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment