Saturday, 4 June 2016




MAKEYY BOHH!!




Kelantan Darul Naim merupakan salah sebuah negeri yang terletak di pantai timur Malaysia. Negeri ini terkenal dengan juadah dan makanan yang agak manis dan sedap. Di mana-mana restoran yang anda kunjungi di serata Malaysia ini, jikalau seseorang itu memesan roti canai kosong sebagai menunya dan menambah gula di dalam kuah karinya, nescaya beliau berasal dari Kelantan. Terdapat beberapa makanan yang terkenal dan menjadi tradisi di Kelantan sejak sekian lama. Antaranya:-
1.      Nasi Dagang
 
Source:  wannurguesthouse.blogspot.my/2012/09/resepi-nasi-dagang.html


Kebiasaannya, juadah ini dihidangkan sebagai santapan pagi dan ianya juga dihidangkan pada hari perayaan. Nasi yang berwarna keperang-perangan  ditamabah dengan lauk seperti gulai ikan tongkol serta gulai ayam dan itik serati, pasti membuatkan perut anda berkeroncong kelaparan. Sangat sedap dan enak.

2.      Sira Labu
Source: http://www.mahamahu.com/2016/05/resepi-berbuka-puasa-sira-labu-dengan.html


Salah satu lauk pauk yang disediakan semasa kenduri kahwin sebagai penyokong kepada lauk-lauk utama. Sira labu agak manis kerana dimasak bersama air gula dan dididihkan. Makanan ini enak dimakan bersama nasi dan lauk pauk yang lain. Bagi sesiapa yang sangat menggemari juadah ini, ianya dijadikan sebagai pencuci mulut disebabkan kemanisan dan kelazatannya. Untuk pengetahuan anda, juadah ini lebih lazat jikalau dimasak mengggunakan labu madu.

3.      Ketupat Palas

                                  
Source: http://www.gtwhi.com.my/index.php/celebrate/heritage-celebrations/festive-food-workshops

Berbeza dengan ketupat biasa, ketupat ini bersaiz segi tiga. Uniknya, nasi pulut yang dibungkus di dalam daun palas dan dikukus sehingga masak menjanjikan anda keenakan yang luar biasa. Di Kelantan, salalunya juadah ini akan dihidang semasa hari perayaan atau sebagai buah tangan bagi tetamu yang hadir ke rumah-rumah terbuka. Ketupat ini terkenal dengan rasa tawar dan harum dek kerana daun palas serta nasi pulut tersebut dan tidak mempunyai sebarang inti di dalamnya. Kebiasaannya, ia dimakan bersama gula Melaka yang telah dimasak sebagai agen pencicahnya.

4.      Pulut Pagi

Source: http://rempahtimur.blogspot.my/2012/12/pulut-pagi-pulut-nyor.html



Pulut pagi merupakan antara salah sebuah santapan pagi yang ringkas tetapi menarik. Pulut ini dimakan dengan kelapa parut yang diletak sedikit garam dan ikan rebus yang digoreng rangup. Selain daripada ikan rebus goreng, ada juga dalam kalangan netizen tempatan yang gemar memakan pulut pagi ini bersama ikan kering.

5.      Nasi Kak Wook

                                                                            Source: http://blinkblinkbuzz.blogspot.my/2014/09/nasi-kak-wok-bandar-saujana-putra.html


Bagi menu tengah hari, nasi kak wook merupakan sajian yang cukup sempurna dari setiap posisi. Bermula dengan nasinya yang harum dilengkapkan pula dengan ayam goreng yang telah dipotong kecil serta gulai ayam lemak. Tidak kurang daripada itu, bagi penggemar yang gemarkan pedas, sambal pedas  yang disediakan cukup memuaskan hati pengunjung yang hadir menjamu selera.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai aneka pilihan bagi menu untuk sajian anda. Tepuk dada tanya selera.


No comments:

Post a Comment