Friday, 3 June 2016

Jom Sahur!!!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seperti semua sedia maklum, umat Islam akan mula berpuasa pada 06 Jun 2016. Setelah setahun ia pergi kini dia kembali untuk diraikan. cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik dah setahun dah.. :)

                                                            (Source : Google image)

Ibadah berpuasa ini akan ditunaikan selam sebulan iaitu sepanjang bulan ramadhan (lebh kurang 29 or 30 days). Sepanjang bulan itu Umat Islam diwajibkan berpuasa sebagaimana tuntutan Rukun Islam yang ketiga. Puasa bermula dengan sahur diawal pagi iaitu sebelum Subuh dan berterusan sehingga waktu Maghrib dimana kita boleh berbuka puasa pada waktu itu. Bersahur dapat memberi kesegaran sepanjang kita berpuasa di siang hari. Tetapi, sering dikalangan kita malas nk bangun sahur, yelah nk bangun pagi2 buta memang liat skit..hehe.. :)

                                      
       
                                                        (Source: kafeque.blogspot.com)

Dari Anas bin Malik r.a, rasulullah SAW bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan. (HR: Al-Bukhari)

Jadi kat sini, saya nk share skit tip diet mudah sahur (Kevin Zahri book " 20 Tip Kurus Ramadan")
  • Jangan skip sahur

Sahur penting umtuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk amalan berpuasa especially dengan keaadaan cuaca sekarang yang tak menentu.

  • Kompleks Karbo

Pastikan kompleks karbohidrat menjadi pilihan diet semasa bersahur. Karbohidrat kompleks dapat membekalkan tenaga yang perlahan dan lebih mengeyangkan. Contoh: roti perang & nasi perang.


                                                              (source: Google Image)
  • Protein bersih

Makanan seperti ayam & ikan sangat mengeyangkan serta mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman.

  • Elakkan garam

Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Dalam keaadaan berpuasa, pengambilan makan dari sumber bergaram boleh mempercepatkan dehydration process berlaku serta kita akan cepat rasa haus.

  • Elakkan kafein

Kafein dalam minuman dapat mempercepatkan lagi process dehyration serta kita akan cepar rasa haus.

(Source : Google Image)


Sekian..
 #Selamat Berpuasa
 #Selamatmendudukipeperiksaanakhir
:)

Norhana,Sheriena,Muaz

No comments:

Post a Comment