Di sini koi bukan nak meluahkan ketidakpuashatian ke dendam ke cheap slave dan sewaktu sengannya. Tapi di sini koi mahu cerito kemeriahan serta memparkan wajah2 ceria setelah berpenat lelah bekerja di bahtera stim LNG.
Al kisah bermula di pagi yang rahmat serta barakah ini kami berkumpul dan safety briefing di beri. Bak pepatah MISC "zero accident zero incident". Koi sebagai organiser memberi sepatah dua kata dan kata-kata aluan kepada peserta. Ceritanya memang kena "buu" la mula2 sebab kacau cuti dieorang. Hahaha
Bila dieorang dah start main baru tau seronok tak seronok game kiteorang buat ni. Tua ke muda, captain ke crew semua mengelinjang keseronokan. Cewah ayat. Tapi bila dah seronok dieorang pulak take over kiteorang as organiser ni. Kahkahakah... Macam2 la game kiteorang buat mostly sukaneka. Haa yang gambar kat atas tu game tarik tali kira penutup untuk pagi tu. Memang happening gila beb.
Panjang lagi cerita koi. Mana boleh game habis macam tu je. Petang pulak kiteorang main futsal. Tengok gambar dah tau semput tak semput budak2 ni main. Macam europe liga dah koi tengok dieorang main siap marah2 reff lagi. Tau2 la siapa yang kena jadi reff. Tapi yang penting kita enjoy.
Sampai ke malam bak hang kiteorang main. Muka sorang2 koi tengok pun macam orang minyak dah. Lepas habis futsal kami lepak2, jiwang2 sekejap tengok laut, selfie2 sikit. Alhamdulillah takde yang injured.
Ending dia malam tu kami buat indoor game dengan karaoke contest. Ada seorang kabayan tu nyanyi lagu "aku anak kampung". Dia punya goyang kalah Inul beb. Patut la kebayan tu dapat best performance award malam tu. Lepas habis settle semua, penyampaian hadiah diteruskan..THE END
Ceritanya biar cadet kena "bambo", kerja mencelan, jadi cheapslave...layan je dieorang ni semua. Kalau tak puas hati korang buat la balik kat cadet korang. Sekian dari koi. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment